Petempatan di sepanjang sungai Sungai_Chao_Phraya

Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Antara bandar di sepanjang sungai Chao Phraya ialah Nakhon Sawan, Uthai Thani, Chainat, Singburi, Ang Thong, Ayutthaya, Pathum Thani, Nonthaburi, Bangkok dan Samut Prakan.

Terdapat pelbagai daya tarikan di sepanjang sungai ini. Pasar terapung di sungai ini menjadi daya tarikan pelancong. Kota purba Ayuthayya terletak di tepian sungai. Air pasang, limpahan air hujan dan kawasan air sawah padi dilakukan oleh pintu terusan.